Friday 10 February 2012

PENYAKIT TULANG DAN SENDI

Manusia memiliki tulang dan sendi  dimana fungsi tulang adalah sebagai menunjang kehidupan manusia. Tanpa tulang dan sendi yang sihat, kita akan menghadapi kesulitan/kesakitan/penderitaan untuk melakukan aktiviti harian.  Gangguan/sakit  pada tulang, boleh menyebabkan seseorang terganggu dan tidak dapat menyempurnakan aktivitinya seperti biasa.  ada beberapa jenis gangguan tulang yang sering dihidapi oleh manusia.
A. Kelainan / Gangguan Pada Tulang Belakang / Spinal Cord
1. Kiposis / Kyphosis

Kiposis adalah suatu gangguan pada tulang belakang di mana tulang belakang melengkung ke depan yang mengakibatkan seseorang itu menjadi bongkok








2. Lordosis
Lordosis adalah suatu gangguan pada tulang belakang di mana tulang belakang melengkung ke belakang yang mengakibatkan pesakit menjadi bongkok ke belakang.

3. Skoliosis / Scoliosis / Skeliosis
Skoliosis adalah dimana tulang belakang  melengkung ke samping baik kiri atau kanan yang membuat penderita membengkok kekiri atau kekanan.















4. Sublubrikasi
Sublubrikasi adalah kelainan pada tulang belakang pada bahagian leher yang menyebabkan kepala pesakit  berubah arah ke kiri atau ke kanan.






B. Kelainan / Gangguan Pada Sendi Manusia

1. Terkehel / Sprained

Terkehel atau keseleo adalah gangguan sendi akibat gerakan pada sendi samada secara dipaksa atau bergerak secara tiba-tiba. Umumnya terkehel boleh menyebabkan rasa yang sangat sakit dan bengkak pada bahagian yang terlibat.


2. Dislokasi / Dislocation
Dislokasi adalah gangguan pada sendi seseorang di mana terjadi pergeseran dan biasanya tulang akan beralih  dari kedudukan asal.

3. Artritis / Arthritis


Artritis adalah radang sendi pesakit dan perubahan posisi tulang. Salah satu contoh artritis yang terkenal adalah rhumatik.



4. Ankilosis / Ankylosis



Ankilosis adalah gangguan pada sendi dimana sendi-sendi seperti jari jemari kaki dan tangan tidak dapat/boleh digerakkan .





C. Fracture/Patah Tulang
Fracture tulang adalah retak tulang atau patah tulang yang umumnya terjadi akibat impak kuat keatas tulang, samada disebabkan terjatuh, beban berlebihan, tekanan, dll.  Fracture tulang sederhana yaitu keretakan tulang yang tidak melukai organ-organ yang ada di sekelilingnya. Fracture kompleks adalah keretakan tulang yang menyebabkan luka pada organ di sekelilingnya.



D. Kelainan / Gangguan Fisiologik
1. Mikrosefalus / Microcephalus
Mikrosefalus adalah kelainan pertumbuhan terkorak kepala yang menyebabkan kepala pesakit nampak lebih kecil dari normal.

2. Osteoporosis
Osteoporosis adalah keadaan menjadi rapuh dan mudah patah. Umumnya osteoporisis disebabkan oleh hormon yang kurang sempurna atau akibat kekurangan kalsium untuk tulang.
3. Rakitis / Rachitis / Rakhitis
Rakitis adalah penyakit tulang yang terjadi akibat kurang vitamin D sehingga umumnya menyebabkan bentuk tulang kaki bengkok membentuk huruf O atau X.
Dipetik dari: Perpustakaan Online 


Thursday 1 December 2011

Serangan Jantung..Adakah Kita Mengetahuinya..??

Pada dasarnya, penyakit jantung adalah pembunuh senyap di kalangan wanita yang boleh diibaratkan sebagai bom jangka yang menunggu masa untuk meletup.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Pemantauan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Malaysia 2005/2006, faktor risiko NCD yang jelas, seperti hiperkolesterolemia, kenaikan glukosa darah, obesiti (kegemukan) dan sebagainya adalah lebih tinggi di kalangan wanita berusia 25 hingga 64 tahun berbanding lelaki dalam kumpulan usia yang sama. 

 Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, yang juga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia (YJM), penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di kalangan wanita di Malaysia dan di seluruh dunia sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.
"Penyakit jantung sentiasa dianggap sebagai penyakit lelaki kerana kaum lelaki mendapat penyakit ini 10 tahun sebelum wanita.
"Wanita dilindungi daripada penyakit jantung oleh tahap estrogen yang tinggi. Bagaimanapun, ini tidak bermakna wanita 'imun' atau lali kepada penyakit ini,” jelasnya.
Tambah Dr. Kah Lin, tahap estrogen turun apabila wanita sudah menopaus atau putus haid. Tahap trigliserida dan LDL (kolesterol jahat) di kalangan wanita yang berumur juga naik, bukan sahaja disebabkan menopaus tetapi juga disebabkan kenaikan berat badan dan penuaan. Semua ini menaikkan risiko penyakit jantung di kalangan wanita.
Jadi, sebelum putus haid, risiko wanita mendapat sakit jantung adalah lebih rendah berbanding lelaki.
Namun, keadaan berubah apabila putus haid. Risiko wanita mendapat penyakit jantung kini setara dengan lelaki.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kesedaran umum terhadap kesihatan wanita, khususnya berkaitan kanser payu dara dan kanser serviks (pangkal rahim), telah meningkat.
Kini wanita lebih menyedari tentang penyakit ini dan tahu cara untuk mengambil langkah pencegahan yang perlu untuk menjaga kesihatan mereka.
Tetapi mengapa penyakit pembunuh nombor satu di kalangan wanita ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya?
Inilah yang mendorong Kah Lin berusaha meningkatkan kesedaran di kalangan wanita, khususnya mereka yang berisiko tinggi. Baru-baru ini, Kah Lin sempat ditemuramah tentang usahanya meningkatkan kesedaran sakit jantung di kalangan wanita dan risiko yang dihadapi golongan ini.


 Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol? 

Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung. 
 
Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.



Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.



 

Tuesday 1 November 2011

Pemakanan & Kesihatan: Warga Tua perlu Amalan Diet Sesuai

Tumpuan terhadap kesejahteraan wajar dipertingkat berikutan peningkatan jangka hayat
 


TIDAK kira di rantau Asia, Eropah mahupun di Asia Barat, penuaan tetap berlaku di kalangan penduduknya. Hakikatnya, penuaan tidak boleh dielakkan, sebaliknya berlaku di mana-mana dan membabitkan masyarakat di seluruh dunia.
Malah, peningkatan pesat penuaan penduduk pada asasnya adalah masa depan baru dalam sejarah manusia. Ini kerana pada abad ke-19, penduduk dunia mencatatkan jumlah hanya 987 juta, manakala menuju abad ke-20, ia meningkat kepada 1,650 juta. Pada abad ke-20, jumlahnya terus meningkat kepada 6,168 juta dan menjelang abad ke-22, penduduk dunia dijangka terus bertambah dengan mencatatkan jumlah 11,500 juta.
Perunding Geriatrik, Dr Rajbans Singh, berkata jangka hayat manusia semakin panjang dan wabak penyakit bukan lagi punca utama kematian pada masa kini, sebaliknya hari ini kematian adalah disebabkan oleh penyakit kronik, penyakit kemerosotan, kurang imun, penyakit barah dan lain-lain penyakit yang meningkatkan ketidakupayaan, tidak berupaya bergerak dan perlu bergantung kepada orang lain.

Dr Singh berkata, hakikatnya manusia kini hidup lebih lama dan semakin ramai yang boleh hidup mencapai usia melebihi 50 tahun ke atas berbanding sebelum ini.

(Sumber dari Berita Harian :3 Jun 2010)


Mengikut kajian yang telah dijalankan, hampir 90% warga tua hidup sihat.  Hanya 10% yang perlu penjagaan kesihatan. Tetapi 10% yang kurang sihat menggunakan 2 kali ganda sumber kewangan serta resource yang diperuntukan. Contohnya 6% warga tua Negeri Sembilan DK yang umur melebihi 60 tahun tetapi peratusan yang masuk ke Hospital Seremban adalah kira-kira 10-20% (iaitu 2 kali ganda).

Terdapat banyak penyakit yang menjadi punca masalah kesihatan bagi warga emas. Berikut adalah antara jenis-jenis penyakit / masalah yang mungkin berlaku di kalangan mereka :
  • Penyakit jantung termasuk – angin serta serangan jantung
  • Ganguan sistem penghadaman
  • Diabetis (penyakit kencing manis)
  • Permasalahan gigi
  • Penyakit mata
  • Kanser (semua jenis) terutama paru-paru, payu dara dsb.
  • Angin ahmar
  • Gangguan tidur (insomnia)
  • Permasalah ginekologi (sakit puan)
  • Penyakit parkinson
  • Gangguan pendengaran
  • Depression (kemurungan)
  • Dementia (nyanyuk)
  • Masalah kurang kawalan kencing (inkontinen urin)
  • Masalah jatuh – falls and instability
 AMALAN PEMAKANAN/DIET YANG SEIMBANG/SESUAI UNTUK WARGA TUA

Diet yang seimbang dan sesuai amatlah diperlukan oleh setiap warga tua, selain dari makanan harian yang biasa diambil.  Kekurangan kalsium dikalangan warga tua adalah perkara biasa kepada mereka.  Mereka sering mengadu sakit sendi tulang, radang tulang, tulang mudah rapuh/patah apabila mereka terjatuh. Ini adalah kerana, kebanyakan warga tua tidak/kurang berminat/gemar untuk mengambil makanan/minuman yang mengandungi kalsium.


Sejak lama kita tahu bahwa kalsium sangat berguna untuk pembentukan tulang terutama pada masa pertumbuhan. Kalsium juga sangat penting untuk mencegah terjadinya osteoporosis pada usia lanjut. Tahukah anda bahwa kalsium juga dapat menurunkan berat badan?

Penelitian terakhir menyebutkan bahwa selain mencegah terjadinya osteoporosis, konsumsi makanan berkalsium tinggi setiap hari dapat membantu menurunkan berat padan. Tidak disebutkan secara detail mekanisme peranan kalsium tersebut namun diperkirakan akibat dari efesiensi penyerapan protein dalam pencernaan.

Mendengar berita yang mengembirakan ini tentu tidak boleh disia siakan oleh mereka yang merasa kelebihan berat badan. Mulai detik ini, marilah kita berburu makanan yang berkalsium tinggi.

Berikut beberapa makanan berkalsium tinggi yang dapat anda jadikan target buruan :

  1. Keju.
  2. Yogurt.
  3. Susu.
  4. Ikan Sarden dan ikan laut lainnya terutama yang dimakan sama tulangnya.
  5. Sayuran yang berwarna hijau gelap seperti bayam, kangkung, lobak.
  6. Sereal yang telah ditambahi kalsium tinggi.
  7. Kacang kedelai.
  8. Susu kedelai yang telah ditambahi kalsium tinggi.
  9. Roti dan makanan olahan lain yang telah ditambahi kalsium tinggi.
(Dipetik dari Info Kesehatan on 30 Nov 2009)



PENGAMBILAN PRODUK VEMMA SEBAGAI `ANTIOXIDANT` - KAYA DENGAN KHASIAT HEBAT DARI BUAH MANGGIS




 Produk VEMMA adalah nutrisi untuk seumur hidup!  Wow, bayangkan dengan hanya mengambil 2 oz cecair VEMMA setiap hari, anda telah pun mendapat khasiat sepenuhnya.   Setiap 2 oz  cecair VEMMA adalah bersamaan dengan 55 biji telur (Vitamin D), 19 biji pisang (Riboflavin), 61 cawan tomato (Folate), 2 biji buah oren (vitamin C), 9 avocados (vitamin E), 3 kuntum broccoli (Iron), 1 cawan bayam (Vitamin A), 3 cawan kacang peas (Thiamin), 62 oz. keju cheddar (Vitamin B-12), 5 biji kentang (Niacin), 2 biji besar tembikai (Vitamin B-6), 17 oz buah cherry (ORAC value) dan 37 cendawan (Pantothenic Acid) yang menyumbangkan vitamin, zat galian dan antioxidant cecair yang terbaik dan terkuat untuk setiap 2 oz VEMMA, yang diperlukan oleh setiap manusia untuk setiap hari.

(Informasi diperolehi daripada The USDA Nutrient Data Laboratory and High ORAC Foods May Slow Aging by the Agricultural Research Service, USDA February 8, 1999 and Independent test result)

Produk VEMMA mudah  diminum oleh semua peringkat umur.  Ia adalah produk makanan kesihatan yang berkhasiat lagi UNGGUL DIDUNIA! Ia adalah produk halal dan telah mendapat persijilan halal dan anda tidak perlu sangsi atau bimbang untuk meminumnya!

Warga tua sememangnya amat memerlukan produkVEMMA ini.! Khasiatnya telah terbukti diseluruh dunia. Tidak perlu lagi membeli berbotol botol suplement yang berbagai jenis dan berbagai jenama;  dengan hanya mengambil VEMMA, supplement anda telah cukup untuk menjaga kesihatan anda.  

TESTIMONI:

1.     Ibu saya berumur 77 tahun dan beliau tinggal di Kajang bersama-sama adik perempuan saya.  Beliau kurang selera makan dan kelihatan lemah.  Beliau adalah pesakit darah tinggi. Beliau mengajar mengaji dibeberapa surau di kampong saya.
Saya beri VEMMA kepada beliau.  Setelah sebulan, saya bertanyakan kabar dan alhamdullilah.. beliau menyatakan sejak beliau mengamalkan minum VEMMA, beliau rasa lebih cergas dan bertenaga, selera makan telah bertambah, kalau dulu untuk menghabiskan sesenduk nasi mengambil masa 15 minit dan apa yang lebih membanggakan saya ialah beliau mampu mengayuh basikal ke surau-surau yang berhampiran, dimana sebelum ini, rakan-rakannya akan menjemput beliau dirumah. Syukur kepada Allah!  Vemma benar-benar dapat membantu beliau.


2.     Adik saya telah disahkan mengidap penyakit hyperthyroidism, sejenis penyakit thyroid.  Hyperthyroidism ialah dimana keadaan kelenjar thyroid `terlebih aktif` mengeluarkan hormon thyroid yang berlebihan daripada biasa dan biasanya mengikut aliran darah keseluruh badan. Beliau sering berulang alik ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.
Dalam tiga bulan pertama, berat badan beliau  turun mendadak, hilang selera makan dan tangan beliau kerap menggigil tanpa diketahui sebabnya.  Saya mengesyorkan VEMMA dan sejak beliau mengamalkan minum VEMMA, disamping ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital.  Kini beliau telah pulih sepenuhnya, kalau dulu beliau terpaksa mengecilkan sais pakaiannya, sekarang terpaksa membeli pakaian baru yang lebih selesa.  Alhamdullilah, syukur VEMMA sekali lagi telah membantu keluarga saya.
(Dipetik dari MedicineNet.com)